Posts Tagged ‘Cuba’

Kesan-Kesan Jenayah Juvana Kepada Masyarakat…

September 12, 2009

ALHAMDULILLAH syukur ke hadrat Allah s.w.t, setelah sekian lama saya tidak mengemaskini blog saya, hari ini saya diberikan sedikit ruang waktu oleh Allah tuhan seru sekian alam Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang untuk mengemaskini blog ini  kerana sudah sekian lama saya tidak dapat mengemaskini blog ini kerana kesuntukkan masa.

Artikel Kesan-Kesan Jenayah Juvana kepada masyarakat ini dibuat bagi menjawap soalan salah seorang pengunjung menggunakan nama ‘Rozita’ yang berbunyi “saya ingin mengetahui lebih lanjut apakah kesan-kesan jenyah juvana ini terhadap masyarakat khususnya memandangkan jenayah ini semakin menular sejak kebelakangan ini..”. Sebelum saya meneruskan izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada Rozita kerana membuat pertanyaan.

Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada Rozita kerana mungkin agak terlambat saya menjawab soalan beliau, tetapi satu pepatah Inggeris yang berbunyi “Better late than Never” membuatkan saya tetap menjawab soalan Rozita walaupun mungkin agak terlambat.

Jenayah Juvana di negara kita bukanlah satu benda asing pada zaman ini, malah ia terus meningkat tahun berganti tahun, masa silih berganti. Namun jika dikira satu masa dulu Jenayah Juvana ini adalah satu perkara janggal dan bermakna ianya amat jarang sekali berlaku.

Jenayah Juvana ini lazimnya merujuk kepada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh pelaku yang umurnya di bawah 18 tahun. Hari ini sudah bentuk Jenayah Juvana yang ada di negara kita, saya bagi contoh Kes Rogol pun sudah menjadi salah satu daripada cabang  jenayah Juvana, selain mencuri dan merompak.

Evolusi sentiasa berlaku tidak kira terhadap perkara yang baik mahupun yang tidak baik. Apabila evolusi berlaku ke atas Jenayah Juvana secara tidak langsung dia telah menjadikan permasalahan tersebut semakin rumit untuk diselesaikan.

Saudari Rozita yang bertanya kepada saya Apakah kesan-kesan Jenayah Juvana kepada Masyarakat, jawapan yang boleh diberikan mungkin boleh dikatakan mudah namun ada sedikit kompleksnya.

Matlamat adalah satu elemen yang penting dalam sesuatu benda, saya bagi contoh manusia mempunyai matlamat hidupnya sendiri, cuba kita lihat sewaktu bermain Golf, di mana matlamatnya adalah Lubang Golf, cuba anda bayangkan apa akan terjadi sekiranya kita bermain Golf di Padang yang tidak mempunyai lubang Golf adakah tercapai matlamatnya? Sudah tentu tidak bukan?

Begitu juga dengan negara kita atau lebih tepat masyarakat kita yang mempunyai matlamat, matlamat sesebuah negara adalah kejayaan dan juga penerusaan kejayaan serta penambah kejayaan, Selain itu, Kepimpinan yang diwarisi boleh dikatakan salah satu matlamat bagi masyarakat kita. Saya bagi contoh untuk berjaya kita perlukan usaha, untuk kekalkan keamanan sesebuah negara kita perlukan Kepimpinan yang utuh dan kental menghadapi apa jua dugaan.

Pada pandangan saya, kesan jenayah juvana kepada masyarakat ialah suatu hari nanti kita akan kehilangan pewaris kepimpinan yang berkaliber sekaligus ia akan mengugatkan keselamatan negara kita dengan kata lain masyarakat kita. Cuba bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya remaja-remaja kita yang ada sekarang rosak akhlaknya pada masa sekarang dan implikasinya pada masa depan. Ini dari segi kesan masa hadapan yang akan terjadi terhadap masyarakat.

Bagaimana pula dengan kesan jenayah juvana kepada masyarakat untuk masa sekarang atau here and now? Sebenarnya Kesan here and now Jenayah Juvana kepada masyarakat ada banyak juga, antaranya kerugian harta benda, kerosakkan hubungan silaturahim, kerugian nyawa dan juga kerugian masa.

Masyarakat secara tidak langsung sebenarnya terpaksa membiayai perbelanjaan remaja yang menjadi pelaku Jenayah Juvana dalam bentuk seperti bayaran cukai secara mereka sedari, hari demi hari Makin Banyak duit Kerajaan dihabiskan untuk Mengatasi Jenayah Juvana atau dengan erti kata lain Pelaku Jenayah Juvana akan dibiayai oleh masyarakat tanpa mereka sedar, ini bermakna masyarakat akan mengalami kerugian dari segi harta benda.

Selain itu, saya ibaratkan Remaja sebagai sebuah kereta yang baru disiapkan dan hendak dijual, cuba bayangkan adakah penjual kereta dapat menjual kereta baru itu sekiranya kereta itu banyak kerosakkan dan kecacatan? Sudah tentu sukar untuk mencari pembelinya walaupun kereta baru tetapi sekiranya Kereta baru itu bebas dari kecacatan dan kerosakkan sudah pasti berebut orang untuk mendapatkanya. Begitu juga remaja, sekiranya remaja ramai remaja yang berpendidikan tinggi dilahirkan, namun akhlaknya rosak ia tidak akan menjadi produk “Best Seller” sebaliknya kita terpaksa melelongnya  ini bermakna setaraf mereka dengan Produk yang dilelong di Pasar Malam di mana kualitinya memang boleh dipertikaikan. Secara tidak langsung ia akan memberi kerugian kepada masyarakat, sebab inilah adanya Pemimpin yang korupsi, Pegawai yang rasuah, Orang Kaya Pemberi Rasuah dan bermacam-macam lagi inilah di antara kesan-kesanya terhadap masyarakat.

Reblog this post [with Zemanta]

Angkara Cinta Pelajar Cuba Bunuh Diri

Jun 11, 2009

Angkara Cinta Pelajar 15 Tahun Cuba Bunuh Diri

Angkara Cinta Pelajar 15 Tahun Cuba Bunuh Diri

Angkara Bercinta seorang Pelajar Sanggup cuba membunuh diri kerana kekasihnya meminta hubunganya diputuskan. Kejadian ini dilaporkan oleh akhbar Harian Metro.

Tindakan Nekad Pelajar itu dilakukan di Lorong Haji Da, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Orang kampung juga dikatakan gagal memujuk pelajar ini.

Namun, ketangkasan Pihak Polis membolehkan pelajar ini diselamatkan apabila dia ditahan keran cuba membunuh diri. Masa yang diambil pihak polis untuk memujuk pelajar ini ialah lebih kurang 45 minit.

Tindakan yang diambil oleh pelajar ini benar-benar mengejutkan penulis, penulis juga percaya pembaca blog ini juga terkejut dengan tindakan pelajar terbabit.

Sebenarnya dalam usia seawal lima belas tahun, fikirannya masih belum matang dan tidak sesuai untuk bercinta kerana ia akan menyebabkan berlakunya tindakan luar kawal sepertimana kejadian ini. Remaja yang usianya baru 15 tahun tidak dapat membuat keputusan yang bijak dan lazimnya keputusan yang dibuat adalah berdasarkan emosi bukan berdasarkan fikiran yang waras.

Pelajar tersebut tidak sepatutnya dipersalahkan kerana beliau masih belum faham lagi apa itu ‘gelora cinta’ dan apakah ia “Pengorbanan Cinta” dan secara tulus beliau juga tidak faham apakah ertinya percintaan. Cinta seawal usia belia boleh dianggap “Cinta Monyet” yang penuh dengan harapan palsu namun dia telah meletakkan harapan yang tinggi terhadap cinta itu.

Ibu-bapa sepatutnya mengambil peranan sebagai pembimbing kepada remaja tersebut dengan menasihatinya, perlu ingat menasihatinya bukan mengokongnya mahupun menghukumnya kerana ia akan merumitkan lagi keadaan jiwa seorang yang berstatus remaja.

Pelajar itu juga sepatutnya sebelum membuat keputusan beliau boleh juga mendapatkan khidmat kaunseling daripada kaunselor berbayar ataupun Kaunselor yang sedia berkhidmat di sekolahnya kerana kaunselor mempunyai altenatif bagi menangani permasalahan yang dialaminya.

Selain itu, masyarakat setempat perlu menasihati remaja tersebut ketika beliau baru ‘terjun’ ke dalam bidang pencintaan yang penuh dengan harapan palsu itu. Dengan umur seawal lima belas tahun beliau sepatutnya diberikan didikan sempurna oleh keluarganya dan juga perlu diberi fahaman tentang erti kata cinta sebenarnya.

Reblog this post [with Zemanta]